Im Here Bebeh !

KUBUR ?? ANAK-ANAK RASA BERSALAH..

Kubur penebus rasa bersalah


Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus
rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:


 


Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya...


 


 

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)


 


2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan!)

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau
dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin


 


5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47......"
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"


 


Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....


 


Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini,
TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "
Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku"
. Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.


 


Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan
doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).


 


Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa
ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan
diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di
akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan
janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal
soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal
kekal menemani kami sehingga kiamat...... ..


 

KENANGI MEREKA IBU DAN AYAH

Ibu bapa mana yang tidak suka dan tidak rasa bahagia jika anak sedia berkhidmat dan berbakti. Lebih-lebih lagi bila ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan. Berbakti kepada ibu bapa perlu pada sifat ringan tulang. Dengan ringan tulang kepada mereka, kita dapat jaga hati mereka dan dalam masa yang sama, beroleh keberkatan dalam hidup. "Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya." (Hadis riwayat Abu Ya'la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi s.a.w., adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)
Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara yang anak tidak setuju, dia masih tunjuk rasa hormat, tidak membangkang. Nabi s.a.w. banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk. Baginda juga tekankan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk masuk bilik mereka

Rasulullah s.a.w. sewaktu dikunjungi ibu susuannya Halimah as-Saadiah, telah membentangkan kain ridaknya untuk diduduki oleh si ibu. Betapa bahagianya si ibu tua diperlakukan begitu. Layanan 'VIP' ini tentulah lebih layak diberi pada ibu bapa kandung, lebih-lebih lagi yang sudah lanjut usia. Kalau dia rasa kurang diraikan atau kurang diberi perhatian, dia mudah tersinggung. Ini biasa berlaku bila ibu bapa tengok anaknya melebihkan isteri atau suaminya berbanding ibu bapa sendiri. Apalagi kalau ibu bapa tinggal serumah dengan anak dan menantu.

Meraikan ibu bapa juga merangkumi meraikan kenalan atau tetamu mereka. (Malah dalam Islam, selepas ibu bapa tiada pun, seorang anak masih dituntut meraikan kenalan baik arwah ibu bapanya.)
Jauh di sudut hati, ibu bapa akan rasa bangga jika selalu diminta pandangan dan nasihat. Atau diminta restu dan doa dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan lain-lain persoalan besar dalam hidup anak. Tetapi jika anak minta restu, misalnya untuk kahwin, dengan cara mendesak, ini boleh sakiti hati mereka.

Kebanyakan ibu bapa ada simpan hasrat terhadap anak – mahu anak berjaya dalam hidup, jadi anak soleh, tahu kenang jasa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka. Jika anak tak ambil peduli hasrat dan harapan ibu bapa, hati mereka akan kecewa dan terguris.
Untuk membalas sepenuhnya jasa ibu bapa memang tak mungkin, tapi jika anak tahu kenang jasa, ibu bapa akan rasa bahagia. Misalnya jika sudah bekerja, disumbangkan sekian banyak daripada duit gaji kepada ibu bapa. Bila sudah berkeluarga sendiri, sumbangan ini tak pernah putus walaupun mungkin berkurang sedikit. Bila ada duit lebih pula, tak lupa dikirim pada ibu bapa. Ibu bapa sakit, cepat-cepat dia balik jenguk dan usahakan rawatan yang patut. Kalau perlu, dijaganya di hospital atau diminta isterinya tolong jagakan. Dibawanya ibu bapa pergi haji atau umrah jika mampu.
Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka. Tak cukup hanya kirim duit tiap-tiap bulan atau kirim kad raya 'pengganti diri', terutama jika mereka sudah lanjut usia, selalu sakit-sakit atau nyanyuk. Adakalanya bagi si ibu tua, cukuplah kalau dapat rasai belaian tangan anak yang pernah dikandungnya. Atau kalau anak mahu duduk dengar luahan hati, omelan atau ceritanya. Banyak kes hati ibu bapa yang retak sebab tidak begitu diindahkan anak, sakit peningnya tak diambil peduli atau anak sudah jemu dengar omelannya.
Anak boleh panjangkan jariah untuk ibu bapa; misalnya bersedekah dengan niatkan pahalanya untuk mereka. Ini tidak semestinya dibuat sewaktu ibu bapa sudah meninggal. Ketika mereka masih ada, mereka tentunya akan terhibur jika tahu yang si anak telah buatkan jariah untuk mereka.
Ibu bapa juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa. Cukuplah kalau seorang anak itu merasakan dia banyak 'berhutang' dengan ibu bapanya untuk membuatkan dia rasa sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehinggalah dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)


 

p/s : rujukan yg hebat.. tq apiq !!

KENANGI MEREKA IBU DAN AYAH

Ibu bapa mana yang tidak suka dan tidak rasa bahagia jika anak sedia berkhidmat dan berbakti. Lebih-lebih lagi bila ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan. Berbakti kepada ibu bapa perlu pada sifat ringan tulang. Dengan ringan tulang kepada mereka, kita dapat jaga hati mereka dan dalam masa yang sama, beroleh keberkatan dalam hidup. "Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya." (Hadis riwayat Abu Ya'la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi s.a.w., adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)
Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara yang anak tidak setuju, dia masih tunjuk rasa hormat, tidak membangkang. Nabi s.a.w. banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk. Baginda juga tekankan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk masuk bilik mereka

Rasulullah s.a.w. sewaktu dikunjungi ibu susuannya Halimah as-Saadiah, telah membentangkan kain ridaknya untuk diduduki oleh si ibu. Betapa bahagianya si ibu tua diperlakukan begitu. Layanan 'VIP' ini tentulah lebih layak diberi pada ibu bapa kandung, lebih-lebih lagi yang sudah lanjut usia. Kalau dia rasa kurang diraikan atau kurang diberi perhatian, dia mudah tersinggung. Ini biasa berlaku bila ibu bapa tengok anaknya melebihkan isteri atau suaminya berbanding ibu bapa sendiri. Apalagi kalau ibu bapa tinggal serumah dengan anak dan menantu.

Meraikan ibu bapa juga merangkumi meraikan kenalan atau tetamu mereka. (Malah dalam Islam, selepas ibu bapa tiada pun, seorang anak masih dituntut meraikan kenalan baik arwah ibu bapanya.)
Jauh di sudut hati, ibu bapa akan rasa bangga jika selalu diminta pandangan dan nasihat. Atau diminta restu dan doa dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan lain-lain persoalan besar dalam hidup anak. Tetapi jika anak minta restu, misalnya untuk kahwin, dengan cara mendesak, ini boleh sakiti hati mereka.

Kebanyakan ibu bapa ada simpan hasrat terhadap anak – mahu anak berjaya dalam hidup, jadi anak soleh, tahu kenang jasa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka. Jika anak tak ambil peduli hasrat dan harapan ibu bapa, hati mereka akan kecewa dan terguris.
Untuk membalas sepenuhnya jasa ibu bapa memang tak mungkin, tapi jika anak tahu kenang jasa, ibu bapa akan rasa bahagia. Misalnya jika sudah bekerja, disumbangkan sekian banyak daripada duit gaji kepada ibu bapa. Bila sudah berkeluarga sendiri, sumbangan ini tak pernah putus walaupun mungkin berkurang sedikit. Bila ada duit lebih pula, tak lupa dikirim pada ibu bapa. Ibu bapa sakit, cepat-cepat dia balik jenguk dan usahakan rawatan yang patut. Kalau perlu, dijaganya di hospital atau diminta isterinya tolong jagakan. Dibawanya ibu bapa pergi haji atau umrah jika mampu.
Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka. Tak cukup hanya kirim duit tiap-tiap bulan atau kirim kad raya 'pengganti diri', terutama jika mereka sudah lanjut usia, selalu sakit-sakit atau nyanyuk. Adakalanya bagi si ibu tua, cukuplah kalau dapat rasai belaian tangan anak yang pernah dikandungnya. Atau kalau anak mahu duduk dengar luahan hati, omelan atau ceritanya. Banyak kes hati ibu bapa yang retak sebab tidak begitu diindahkan anak, sakit peningnya tak diambil peduli atau anak sudah jemu dengar omelannya.
Anak boleh panjangkan jariah untuk ibu bapa; misalnya bersedekah dengan niatkan pahalanya untuk mereka. Ini tidak semestinya dibuat sewaktu ibu bapa sudah meninggal. Ketika mereka masih ada, mereka tentunya akan terhibur jika tahu yang si anak telah buatkan jariah untuk mereka.
Ibu bapa juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa. Cukuplah kalau seorang anak itu merasakan dia banyak 'berhutang' dengan ibu bapanya untuk membuatkan dia rasa sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehinggalah dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)


 

p/s : rujukan yg hebat.. tq apiq !!

Sajak Ibu 2011

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Allium sativum,L ????

APA ITU
Allium sativum,L ????

Bawang putih atau nama saintifiknya: Allium sativum,L.
telah lama dikenali sejak berabad-abad lamanya. Malahan tumbuhan istimewa ini telah digunakan oleh hampir semua masyarakat di dunia. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang amat memberi manfaat. Contohnya, ahli farmakopoeia Li Shih-Chen yang terkemuka di zaman Dinasti Ming telah mendokumenkan banyak faedah bawang putih terhadap kesihatan dalam bukunya yang berjudul The Compendium of Materia Medica. Bawang putih adalah sefamili dengan bawang merah atau nama saintifiknya: Allium cepa,L Kedua-dua tumbuhan ini telah dinamasaintifikkan oleh Carl Linnaeus iaitu Bapa Taksonomi Moden.

Khasiat bawang putih bukan sahaja terletak pada bebawangnya. Daun bawang ini turut mempunyai khasiat yang tersendiri dan boleh dimakan. Malahan kulit bawang ini juga turut boleh dimanfaatkan. Contohnya dalam masyarakat Melayu terutamanya dinegeri-negeri selatan Semananjung Malaysia, kulit bawang putih digunakan untuk membuat telur pindang bersama-sama bahan yang lain. Ia dikatakan mampu membuatkan rasa telur tersebut lebih enak selain daripada meninggalkan aroma yang tersendiri.

 
 

PERINCIAN BAWANG PUTIH

Bawang putih ditanam di atas tanah yang gembur dan rata. Ia boleh ditanam hampir di seluruh dunia. Bebawang yang istimewa ini terletak didalam tanah. Ia terbentuk dalam bentuk labu yang mengandungi 10 hingga 13 ulas. Kulit luarannya diselaputi kulit yang berwarna putih kekuningan. Daun bawang berbentuk memanjang. Bawang putih boleh ditanam dengan mengunakan bebawangnya.

Komponen utama bawang putih terdiri daripada:

Ciri

Peratusan

Air

64.3

Protein

7.9

Lemak

0.6

Karbohidrat

16.3

Tenaga

98 kkal/100g

 
 

Bawang putih mempunyai bau yang tersendiri. Apabila ia dihancurkan, satu enzim yang dipanggil alliinase dilepaskan. Alliinase bertindak dengan alliin iaitu satu sebatian di dalam bawang puith untuk membentuk allisin. Allisin yang sangat tidak stabil telah bergabung dengan sebatian yang mengandungi sulfur lalu menghasilkan bau yang tersendiri.

Sesetengah individu menggemari aroma ini. Namun ramai juga yang membencinya. Bahan ini juga merangsang pengeluaran air mata apabila mata didedahkan kepadanya. Oleh kerana itu tidak hairanlah mengapa terdapat sesetengah individu yang kelihatan seolah-olah menangis ketika mengendalikan bawang ini sama ada ketika mengupas atau memotongnya. Terdapat satu petua di kalangan masyarakat Melayu bagi mengelakkan rasa kepedihan mata ketika memotong bawang. Pada kepercayaan mereka apabila memotong bawang, hendaklah dicucukkan sebiji bawang putih di hujung pisau yang digunakan.

Aroma bawang putih ini seolah-olah pedas-pedas masam. Ianya tersendiri dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana rempah atau perasa. Ia mampu menghapuskan bau dan menambahkan perisa kepada masakan khususnya daging.

 
 

KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

 
 

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.


 

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.


 

FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

 
 

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

 
 

KEMUDARATAN BAWANG PUTIH

Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:

 Meransang mukosa pencernaan

 Muntah, 'dysentery', anoreksia nervosa

 Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan

 Anemia

 Dermatitis

Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang dicadangkan:

  Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau

  Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau

  Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.

Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh diperolehi dalam bentuk tablet. Terdapat pelbagai syarikat pengeluar makanan tambahan mengeluarkan tablet bawang putih ini. Ia mudah didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Antara pengeluar kapsul bawang putih yang terkenal ialah Nutrilite, Cosmos, 21st Century dan banyak lagi.

 
 

KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP BAWANG PUTIH

Setiap masyarakat mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap bawang putih. Kepercayaan ini bukan sahaja meliputi khasiatnya terhadap bidang perubatan malahan ianya juga dikaitkan dengan kepercayaan mistik, kebudayaan dan agama.

Di zaman masyarakat Mesir Purba, bawang putih dipercayai mampu mengubati penyakit cacing, masalah jantung dan sakit kepala. Perincian penggunaan bawang putih dalam masyarakat Mesir Purba tercatat di dalam satu skrol cara-cara mengubati penyakit.

Masyarakat Inggeris lama pula mempercayai bawang putih boleh menghalau hantu daripada menganggu kehidupan mereka. Oleh kerana itu mereka meletakkan rantaian bawang putih di dalan rumah mereka atau ke kawasan yang mencurigakan. Dipercayai bau dan rasa bawang putih ini amat tidak digemari oleh hantu.

Masyarakat Melayu di Malaysia turut mempunyai kepercayaan yang tersendiri terhadap bawang putih. Selain digunakan dalam masakan, bawang putih juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Bawang putih yang dicampurkan dengan minyak kelapa kebiasaannya digunakan untuk membuat minyak urut yang paling mudah. Enzim yang terdapat dalam bawang putih akan membuatkan pemakainya rasa berangin. Bawang putih juga dicampurkan dengan bahan perubatan yang lain untuk menambahkan lagi khasiatnya. Minyak gamat keluaran Hajjah Saadah Saidin dari Kedah misalnya menambahkan bawang putih dalam minyak tersebut untuk menghasilkan rasa berangin. Dalam bidang kecantikan pula, getah bawang putih dikatakan mampu mengatasi masalah tumit kaki yang pecah-pecah. Caranya begitu mudah. Beberapa biji bawang putih yang telah dikupas digosokkan ke tumit kaki yang pecah-pecah. Sekiranya diamalkan selalu ia akan melembutkan tumit kaki tersebut. Seperti masyarakat Inggeris dahulu, masyarakat Melayu juga mempunyai tanggapan tersendiri terhadap kegunaan bawang putih dalam amalan mistik.

Masyarakat Cina dikatakan amat gemar memakan bawang putih. Hampir kesemua masakan mereka dicampurkan dengan bawang putih. Penggunaan yang berlebihan dikatakan mampu membuang angin dalam badan walaupun pada dasarnya ia turut menganggu bau badan. Bawang putih dikatakan boleh memanaskan badan.

Dalam masyarakat India, bawang putih turut digunakan dalam masakan mereka . Penggunaan bawang putih mampu menambah rasa kepada daging. Bawang putih juga digunakan dalam perubatan mereka. Contoh yang paling mudah, masyarakat India mencampurkan bawang putih dalam minyak kelapa untuk dijadikan minyak urut seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

  
 

KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan lagi tumbuhan kecil ini diakui oleh segenap bangsa akan manfaatnya. Hampir segenap unsur dalam tumbuhan ini boleh dimanfaatkan. Bukan sahaja bebawang, daun dan kulit malahan akarnya juga dipercayai mempunyai khasiat yang tersendiri.

Hampir keseluruhan masyarakat dunia menggunakan bawang putih dalam masakan. Selain rasa, aroma bawang putih yang pedas-pedas masam boleh meningkatkan kelazatan makanan. Di samping itu bawang putih dipercayai boleh menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Contohnya, membuang angin dalam badan, sakit kepala, dan penyakit kulit. Dari segi saintifiknya bawang putih diakui melaraskan sistem pencernaan, mengurangkan kolestrol, merawat barah dan penyakit kardiovaskular.

Sesetengah masyarakat pula menggunakan bawang putih dalam kebudayaan mistik mereka. Bawang putih dikatakan boleh menghalau hantu atau anasir jahat. Ini kerana makhluk halus ini tidak mengemari bau atau aromanya yang masam-masam pedas.

GC- Ghost of You

Ghost of You

Night will wait until d end

When d pendulum will swings back to the

Darker sight of our hearts bleeding

I will save the empty space

Next to me like it's a grave

Well I lay for us to sleep internally together

The ghosts of you

It's all that I have left

To hold

I wake in the night to find there's nothing left but me

And nothing left of what we were at all

So here I am

Passing around this house again

I see my breath in d cold of the air

That I breath and I wondering.


 

p/s : its deep man ! J

Poem : Kill Me Down

    By : Arabella Grace Garcia


 

Take a breath, take it deep
Calm yourself, he says to me
If you play, you play for keeps
Take a gun, and count to three
I'm sweating now, moving slow
No time to think, my turn to go


And you can see my heart beating
You can see it through my chest
And I'm terrified but I'm not leaving
Know that I must must pass this test
So just pull the trigger

Say a prayer to yourself
He says close your eyes
Sometimes it helps
And then I get a scary thought
That he's here means he's never lost

And you can see my heart beating
You can see it through my chest
And I'm terrified but I'm not leaving
Know that I must must pass this test
So just pull the trigger

As my life flashes before my eyes
I'm wondering will I ever see another sunrise?
So many won't get the chance to say goodbye
But it's too late too pick up the value of my life


 

p/s : so deep! Baby, y dnt u feel it ! J

Kesihatan - Kelebihan Air Mani Lelaki

1. Air mani boleh menyebabkan alergik

ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh.Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air mani adalah sumber tenaga

air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung.Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes.Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.

3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki

Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.

4. Air mani sebagai ubat anti depresi(stress) wanita

air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

5. Air mani adalah sejenis nutrisi

Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.

6. Air mani tidak akan habis

lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi

7. Sperma Digunakan untuk Menulis Surat Agen Rahsia

London, Sperma pernah digunakan sebagai tinta lutsinar yang paling efektif karena tidak terdeteksi oleh wap yodium.Agen rahsia Inggeris atau MI6 menggunakan sperma untuk menulis pesanan rahsia dlm Perang Dunia I.

Kerana risau diketahui musuh, pihak M16 berusaha mencari formula untuk menulis pesan rahsia tanpa dikesan uap yodium yang waktu itu merupakan metode paling mutakhir dalam mengesan tulisan rahsia.Hal ini terbongkar dalam catatan harian seorang wakil ketua intelijen militer di Perancis, Walter Kirke.

Dalam catatan pada June 1915, adanya permintaan tinta lutsinar yang tidak mudah dikesan dari pimpinan tertinggi MI6 di London University.Telegraph, Rabu (22/9/2010), permintaan itu akhirnya mendapat jawapan pada bulan Oktober 1915.

Dalam surat itu, mereka mencadangkan pesan rahsia ditulis dengan cairan yang sangat mudah didapati iaitu sperma atau air mani.Selain mudah didapati, hasil pengujian menunjukkan sperma tidak dapat dikesan oleh uap yodium.

Trik ini hanya ada sedikit kontra, misalnya seorang agen akan dikeluarkan dari tempatnya bertugas jika dia membantah bila dia diarah menggunakan sperma untuk menulis.Para agen juga harus perlu ingat untuk sentiasa menggunakan sperma yang masih segar jika tidak mahu tulisannya mengeluarkan bau yang tidak sedap.

p/s : Catatan-catatan tersebut terdapat dalam buku MI6:
The History of the Secret Inteligence Service 1909-1949 karya Prof Keith Jeffery. (tq ebell Garcia)

KESIHATAN – HAID DAN SEKS


Islam melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.

Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.

Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.

Ini dikaitkan dengan 'fetihisme' atau 'fetish' kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.

Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.

Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Pada pendapat saya, sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

P/s : tq to dktr peribadi kluarga ku , Dr. Lee

Kisah Klasik


Jabat tanganku
mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang
tentang memori di masa itu

 
Peluk tubuhku
Usapkan jugak air mataku
Kita terharu seakan tiada bertemu lagi

 
Bersenang-senanglah
Kerna hari ini yang akan kita rindukan di hari nanti
Sebuah Kisah Klasik untuk di masa depan
Bersenang-senanglah
Kerna hari ini yang akan kita banggakan di hari tua.

 
Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi Sebuah Kisah Klasik untuk masa depan

 
Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwakumasih haus sanjungan kalian.

 

 
p/s : klu tulis dlm kertas ni mau byk tompokk2 airmata… haha


Pesan Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a


 

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:


 

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.


 

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:


 

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


 

p/s : tq to my rujukan !

Kucing kerrr Jelmaan ??


 (Surah Yassin, Ayat 9)

 


Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni saya ambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. Dah lupa nama ustaz tu, tapi yang ingat beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.



Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:
  1. Berwarna hitam.
  2. Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
  3. Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
  4. Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.


Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular sebenar dengan ular jelmaan jin. Kaedah yang sama, perhatikan mata ular, berkelip atau tidak. Ko tak payah la carik penyakit nak gi tangkap ular tu usap tengkuk dia macam kucing! Cukup tengok mata dia je...

Moral of the story, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI KORANG TU SELALU TENGOK RANCANGAN BERFAEDAH MACAM TANYALAH USTAZ TV9 TU... Serius, topik-topik yang dibincangkan biasanya berkisar dengan keadaan semasa. Banyak ilmu yang kita boleh recall, takpun ilmu baru yang mungkin ramai antara kita tidak tahu. Selain tu boleh berinteraksi secara langsung dengan penceramah/ustaz melalui email atau panggilan telefon kalau ada soalan. Rancangan ni secara langsung disiarkan setiap hari, jam 7.00 am di TV9. Ulangan pulak pada waktu malam, jam 11.00 pm dan ada hari bermula jam 12.00 am...




p/s : hati2.. ade yg memerhati..
J

VRUS “HOW R U” xpsal2 di chatbox fb

Sekarang ini rasanya sudah ramai yang terkena serangan Virus ini di Facebook.Rasanya ini bukannya virus tetapi DDoS attack dimana ia akan hantar banyak permintaan(request) untuk access facebook daripada browser korang dan ini akan menyebabkan permintaan browser korang untuk access facebook tidak dilayan atau tidak diberi respon oleh server facebook.

Akibat daripada bad request itu akan menyebabkan korang tidak membuat facebook di laptop korang itu.Jika korang uninstall dan install semula firefox pun tidak dapat mengatasi masalah ini.Cuma satu cara sahaja yang saya tahu iaitu format semula laptop korang.Sekiranya ada rakan-rakan lain yang mempunyai cara mengatasi masalah ini,sila kongsikan bersama-sama.

Cara Penyebaran Virus Ini

Virus ini disebarkan secara Chat Box di facebook.Caranya seperti berikut:-

  1. hi. how are you?
  2. Wanna laugh?
  3. It is you on the video ? want to see?
  4. Dia akan bagi link dan jika korang link itu,maka akan akan kena DDoS attack


 

Benda yang akan menarik minat korang untuk klik pada link itu adalah melalui ayat ini "It is you on the video ?)) want to see?".Sekiranya korang mendapat masej di Chat Box "Hi,How Are You?",jangan layan kerana sekiranya korang layan,dia akan berikan ayat no 2,wanna laugh? dan seterusnya.

Diharap perkongsian ini berguna untuk korang semua.Sila sebarkan artikel ini supaya rakan-rakan tahu mengenai perkara ini dan mengelakkan menjadi mangsa.


p/s : cm ape ntah virus ni.. cm lahabau!!!! Peace
J


 

Rokok?? Haram??


Walaupun ia memudaratkan kesihatan, namun amalan merokok terus menjadi pilihan ramai. Lebih kesal, 2.5 juta umat Islam di negara ini, masih ambil mudah mengenai fatwa, merokok itu adalah haram. Untuk rekod, terdapat 3 juta perokok tegar di Malaysia, termasuk remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun. Kekesalan itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim.  Menurutnya, fakwa yang dikeluarkan wajar diambil serius, walaupun Jakim belum mempunyai rancangan menguatkuasakannya menerusi undang-undang. Bagi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, amalan merokok dilihat antara punca kerajaan terpaksa menanggung kos perubatan penyakit kronik sehingga RM3 bilion setahun. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO juga meramalkan, tahun ini seramai 5 juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan rokok seperti serangan jantung, strok dan kanser. Mereka ditemui di majlis perasmian Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram di Putrajaya siang tadi.


p/s : katakan tdk pd yg HARAM
 

Zaman Jahiliah

SEJARAH TAMADUN ISLAM


 

MANUSIA JAHILIAH.


 

ERA/ ZAMAN JAHILIAH

  1. Selepas runtuhnya Empangan Maarib (300M) hingga berakhir pada 610M (penerimaan wahyu pertama oleh nabi Muhammah).

KONSEP JAHILIAH

  1. Definisi jahiliah – bodoh atau sesat.
  2. Menurut P.K.Hitti – Orang Arab dianggap  jahil dan bodoh darpada aspek agama dan kepercayaan tetapi maju dalam ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi .  Pendapat ini tidak dapat diterima menurut pandangan Islam.
  3. Menurut pandangan Islam Jahiliah itu berasal daripada kata akar kata JAHALA dan kata terbitan JAHLUN atau JAHALATUN yang bererti bodoh dan sesal. Ia selaras dengan ayat dalam al Quran Surah al-Imrah ayat 154, Surah al Ma'idah ayat 50, Surah al Ahzab ayat 3,  Srah al Fath ayat 2 dan Surah al Jum'ah ayat 2.
  4. Apabila diteliti ayat2 tersebut 4 ciri dapat dirumuskan mengenai manusia Jahiliah. Ciri-ciri itu ialah;

i.                    tiada mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk,

ii.                  tidak mempunyai peradaban/ tamadun,

iii.                tidak berakhalak , angkuh dan bongkak

iv.                tidak boleh membaca dan menulis.

  1. Islam menegaskan jika ada salah satu sifat di atas dalam satu masyarakat, masyarakat itu boleh dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun/ jahiliah.

STRUKTUR MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

  1. Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari.
  2. Masyarakat Badwi tinggal di bahagian tengah Semenajung Tanah Arab.. Tidak bercampur dan berhubung dengan masyarakat asing. Berpindah randah / nomad untuk mencari kawasan berair (untuk tanaman dan ternakan), Kawasan selamat dari angin padang pasir (angin yang memusnahkan khemah, tanaman dan ternakan) dan kawasan selamat dari khabilah lain.
  3. Hadari – Masyarakat yang lebih matang dan cerdik akalnya. Mempunyai pergaulan yang luas dengan pedagang dari luar. Dapat dibahagikan kepada lima golongan iaitu;

i.                    Golongan bangsawan- ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.

ii.                  Golongan agama – tukang tilik dan penyair.

iii.                Golongan hamba

iv.                Wanita

v.                  Masyarakat awam / rakyat biasa.

ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN

  1. Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan termasuk Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif, Berhala, animisme dan tahyul. Kepelbagaian ini kerana adanya pengaruh asing di samping keadaan alam sekitar yang dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan seharian.
  2. Kepercayaan Majusi – Disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Mereka turut menyembah api.
  3. Agama Nasrani – Disebarkan oleh orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan. Mempunyai kitab suci tetapi ajaran Nabi Isa telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri.
  4. Agama Yahudi – Disebarkan oleh saudagar2 yang berasal dari Palestin. Penganut asal ialah Bani Israel. Mempunyai kitab suci tetapi ajaran sebenar Nabi Musa telah dipinda. Mereka membohongi masy Arab dengan menyatakan agama mereka benar dari Allah. Agama ini bertapak di Yaman dan Madinah.
  5. Terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim yang digelar Hunafa dan bertempat di Mekah. Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sampai di Mekah lebih awal, maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
  6. Penganut agama2 dari langit (Nasrani, Yahudi, Hanif ) di kalangan masyarakat Arab tidak ramai.
  7. Kepercayaan paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan Nabi Ismail. Masyarakat Arab berkehendakkan perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah. Mereka mencipta berhala2 daripada batu dan kayu dan diletakkan di sekeliling Kaabah. Pemembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang yang perlu dipertahankan.
  8. Disamping itu mereka percaya kepada animisme dan tahyul. Objek di cakerawala dan di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih diatas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda2 baik/ buruk yang ditunjukkan oleh sesuatu objek.
  9. Kepelbagaian dalam beragama turut menyumbang kepada amalan2 lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

ASPEK POLITIK DAN PENTADBIRAN

  1. Tidak terdapat struktur politik yang jelas dan tetap di kalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan (utara) telah dijajah oleh Rom dan Yaman. Di selatan pula oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran. Mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Kekalahan berpunca dari sikap berpuak2 dan sentiasa berperang. Ketika kerajaan Himyar (selatan) anak tempatan diberi jawata tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
  2. Di Mekah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tertinggi (Darul Nadwa) dalam jabatan2 pentadbiran dan dipimping oleh pimpinan yang bergelar Syeikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur2 jahiliah. Mereka mengmalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.
  3. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak2 lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapat kuasa mentadbir jabatan haji, perdagangan dan ketenteraan yang amat penting.
  4. Di samping itu ketua2 suku terpaksa membentuk majlis ketua2 suku iaitu Mala' tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala'. Keadaan ini mendorong suku2 lemah membentuk majlis suku2 (hilf al Fuduh) bagi mengimbangi kuasa Mala' dan menjaga kepentingan kaum yang lemah.
  5. Kecelaruan politik masyarakat Mekah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan. 

ASPEK EKONOMI

  1. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan di antara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syiria dan oleh Parsi ke atas Yaman, perdagangan Arab turut terjejas.
  2. Saudagar Arab Mekah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang.
  3. Cara hidup Badwi yang berpindah-randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Mekah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
  4. Ketika Mekah dipimpim oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagih tugas kepada anak-anaknya. Misi2 perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barangan rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan2. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf (moyang Nabi SAW), perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantium dan Parsi diwujudkan.
  5. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang  Mekah akan ke Yaman dan ke utara bila musim panas.
  6. Pasar2 diadakan di Mekah dan sekitarnya. Barangan seperti bijiran, buah2an, pakaian, hamba abdi (tidak ditebus setelah kalah perang) dan barangan lain dijual di pasar2. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.

ASPEK SOSIAL

  1. Struktur social masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di Bandar. Mereka berpuak2 berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah yang amat tebal. Setiap puak melantik seorang syeikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja.
  2.  Suku Badwi hidup berpuak2 dan ketua puak dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudian bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
  3. Semangat assabiyyah menyuburkan ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah tercetus walaupun disebabkan oleh perkara2 kecil. Peperangan itu untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba.
  4. Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang2 hawa nafsu menyebabkan setiap tindakan mereka tanpa kawalan serta peraturan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan yang mewah dengan melibatkan perjudian, pelacuran dan pembunuhan.
  5. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup2 bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walau bagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat keramaian untuk mengistiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh baligh.

ASPEK ILMU PENGETAHUAN

  1. Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar2/ pedagang luar yang maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti2 perdagangan yang lebih menguntungkan. Kerana selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.
  2. Kemahiran bersajak dan bersyair hanya digunakan untuk meluah perasaan melalui kata2 yang terhasil melalui pemikiran yang spontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara2 berkaitan pengalaman masa lampau yang kurang kualiti ilmiahnya.
  3. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Keadaan ini memperlihatkan ciri2 kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

NILAI-NILAI POSITIF DAN MULIA.

  1. Menghormati tetamu,
  2. Berpegang kepada janji
  3. Mentaati pemimpin
  4. Memberi perlindungan – konsep jiwar.


 

p/s : tq to buke teks sejarah form blah blah blah J

IPad ???? Simpan je duit tu bli kari kambing..

iPad adalah gadget terbaru yang diluncurkan oleh Apple yang fungsi utama adalah sebagai e-Book Reader. Dengan iPad kita bisa leluasa membaca e-book dimanapun dan kapannya. Selain sebagai e-Book reader, iPad juga bisa berfungsi sebagai mana layaknya sebuah tablet pc, kita bisa mendengarkan musik, nonton film, mengakses facebook, twitter dan kegiatan surfing di dunia maya.

Kelebihan iPad

  • Tampilan yang menarik, dengan layar the 9.7-inch LED, iPad boleh dibawa-bawa kemanapun.
  • Daya tahan baterai yang cukup lama, iPad mampu bertahan selama 10 jam dan lebih saat digunakan untuk browsing maupun kegiatan lainnya
  • Jika kamu senang Facebook, Twiter, Maps, YouTube, iTunes, Mail and Safari maka iPad boleh menjadi sesuatu yang menarik untuk kamu miliki.

Kekurangan iPad

  • No Real Multi Tasking, yups.. kita tidak bebas menjalankan berbagai aplikasi secara bersamaan, memang blh login Facebook sampai dengar musik tapi jika kamu ingin menjalankan twitter, facebook, dengerin sampai skype, maka sebaiknya jalankanlah satu persatu, jangan bersamaan.
  • Belum Support Flash, yups tampilan flash yang cntik yang kita lihat laptop atau netbook biasa saat kita mengakses facebook atau blog lainnya, tidak bisa kita nikmati di iPad.
  • Tidak ada kamera, inilah yang sangat disayangkan cuba kalau iPad dilengkapi kamera, tentu kita bisa melakukan percakapan di Skype dengan lbh auwww!!!

    p/s : lebih byk burukk dr baik.. pki lappy jew ..! peace yaw !! J


     

Wanita ! Ini Kata Hati Mu..

Wanita sukakan lelaki yang ……


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tolong Bacakan Untuk Isteri Kita .

Laki-laki pasti akan menjadi suami dan seterusnya menjadi si suami selepas dia berkahwin dengan isterinya. Orang kata, laki-laki ni sebelum berkahwin bukan main ligat puji kekasih dia, tolong hantar pergi kerja, teman tengok wayang, kalau boleh serba serbi dia nak turut serta, setuju bukan? TAPI, kebanyakkan lelakiakan  terlupa perkara itu selepas berkahwin, dan dengan itu
tolonglah baca post ini untuk menyedarkan kita sebagai lelaki, kalau ada cik kak atau makcik yang nak share dekat facebook, boleh tekan butang 'i like" dekat bawah ye.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali
membandingkan masakan
isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan
demand sex
sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relaks-relaks sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa
dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri
serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga
dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

p/s : tq MOHD ZAFRAN HADI ! Bru thu so Ebell Garcia u x kan bau kentut I lagi .. peace yaw!