Im Here Bebeh !

Tidur Dengan Kekasih Di Bulan Puasa

Seorang ibu tunggal terkejut apabila menemui seorang pemuda dalam bilik tidur anak gadisnya yang berusia 14 tahun semasa mahu mengejutkan anaknya itu bangun bersahur, awal pagi semalam.

Wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu tinggal bersama tiga anaknya termasuk anak sulungnya itu di rumah mereka di Hulu Langat dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pada pukul 5 pagi semalam, wanita itu masuk ke bilik tidur anak gadisnya itu untuk mengejutnya supaya bangun bersahur.

"Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat ada seorang pemuda tidur bersama anaknya dan apabila ditanya, suspek mengaku sebagai teman lelaki anak gadisnya.


 

p/s :mcm2 dunie ni.